Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah sebuah agensi peneraju yang menyelaras dasar berkaitan keselamatan sejak penubuhannya pada 1971. Punca kuasa kepada MKN a...
Bersama kami dalam episod khas sempena Bulan Keselamatan Negara 2024 dan ulang tahun ke-53 penubuhan MKN! Kita akan berbicara mengenai NACSA Cyber Security Summit 2024 dan peranannya dalam memperkukuhkan keselamatan siber negara. Dalam podcast ini, kita membincangkan:1️⃣ Latar belakang NACSA dan peranannya dalam keselamatan siber negara.2️⃣ Apa yang diharapkan dari NACSA Cyber Security Summit 2024.3️⃣ Penjelasan tema "Unified Efforts for a Secure and Resilient Malaysia".4️⃣ Maklumat tentang ASTRO - NACSA Coding Challenge dan Program My Cyber Hero.5️⃣ Mesej khas untuk peserta NCSS 2024.6️⃣ Kolaborasi antara NACSA dan MKN dalam pelaksanaan NCSS 2024.7️⃣ Sorotan program menarik dalam NCSS 2024.8️⃣ Sambutan dan cabaran dalam merealisasikan NCSS 2024.9️⃣ Kepentingan NCSS dalam industri keselamatan siber dan penglibatan syarikat-syarikat terkemuka.#cerita71 #mkn
--------
30:51
Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK)
Dalam episod kali ini, kita akan membincangkan Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK). Kita akan mengupas pengenalan IKK, metodologi pembangunannya, keunikannya berbanding indeks lain, serta bagaimana IKK dapat membantu merancang strategi keselamatan negara dan impaknya kepada pembangunan negara. Sertai podcast Cerita 71 untuk mendapatkan pemahaman mendalam tentang peranan penting IKK dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara. Jangan ketinggalan!#cerita71 #mkn
--------
19:59
Peranan Hijrah dalam Keselamatan dan Kesejahteraan Umat
Dalam episod ini, kita akan meneroka sejarah hijrah Nabi Muhammad SAW dan bagaimana peristiwa ini memberikan pelajaran berharga tentang keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Kita akan membincangkan strategi keselamatan hijrah, pembentukan negara Islam di Madinah, pertahanan dan keselamatan, serta pembangunan ekonomi dan sosial. Dengar bagaimana prinsip-prinsip hijrah boleh diaplikasikan dalam konteks keselamatan negara moden untuk membentuk negara yang lebih aman dan sejahtera.#cerita71 #mkn
--------
28:02
Isu Laut Sulawesi : Cabaran & Peluang
Dengarkan perkongsian Wan & Mohd Helmy (Bahagian Keselamatan Kedaulatan Maritim, MKN) mengenai:AMBALAT? Betul ke terma yang digunakan?Kepentingan Laut Sulawesi : Apa dan dimana?Cabaran Perbatasan : Apa status semasa?Triti Laut Sulawesi : Negosiasi dan usaha penyelesaian#cerita71 #mkn
--------
26:21
CYDES 2023 - Apa ekk CYDES?
Dengarkan perkongsian Sein & Rino mengenai:Apa itu CYDES? Macam pernah dengar....Bila & dimana CYDES 2023? Best ke event ni?Kalau best, apa yang best dalam CYDES 2023?Ni events hackers ke?#cerita71 #mkn
Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah sebuah agensi peneraju yang menyelaras dasar berkaitan keselamatan sejak penubuhannya pada 1971. Punca kuasa kepada MKN adalah Arahan MKN No. 1 yang bersandarkan kepada Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 yang menjelaskan pembentukan dan tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara. Pada asasnya, MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar yang berkaitan untuk keselamatan negara dan arah tuju hal-hal keselamatan.