PodcastsGovernmentKeluar Sekejap

Keluar Sekejap

Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
Keluar Sekejap
Latest episode

209 episodes

  • Keluar Sekejap

    EP191 | Kembali Semula?, Zionis Guling Madani, James Chai, Kuil Tanpa Izin, Pijak Quran, Perang Iran

    07/03/2026 | 1h 47 mins.
    Episod 191 Keluar Sekejap membincangkan dakwaan terhadap keluarga Almarhum Tun Daim yang dikaitkan dengan komplot bersama kelompok Zionis dalam usaha menggulingkan kerajaan. Turut dibincangkan ialah tindakan SPRM yang sedang mengesan bekas pegawai kepada Rafizi Ramli, James Chai, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana RM1.1 bilion melibatkan syarikat semikonduktor British, Arm Holdings.Episod ini juga mengulas kenyataan Presiden UMNO yang membuka pintu kepada bekas ahli parti yang pernah dipecat atau digantung keahlian, serta individu yang ingin kembali bersama dalam perjuangan UMNO.Selain itu, KS turut menyentuh beberapa isu sensitif berkaitan 3R yang hangat diperdebatkan kebelakangan ini, termasuk polemik rumah ibadat tanpa kebenaran serta kontroversi insiden pijak al-Quran.Di peringkat antarabangsa, Keluar Sekejap turut meneliti perkembangan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran, serta kemungkinan implikasinya terhadap ekonomi dan kepentingan Malaysia.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]
  • Keluar Sekejap

    EP190 | Komplot Jatuhkan Kerajaan, Dr Sam PM11?, RUU Pengasingan Kuasa AG-Pendakwa Raya, Tarif Batal

    28/02/2026 | 1h 26 mins.
    Episod 190 Keluar Sekejap membincangkan siasatan PDRM terhadap dakwaan wujudnya komplot melibatkan Toh Puan Naimah yang didakwa bekerjasama dengan sebuah agensi media antarabangsa bagi menjatuhkan kerajaan dan mensabotaj kestabilan negara.

    Episod ini turut mengulas pelantikan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Presiden PAS dan Menteri Besar Terengganu, sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) pada 22 Februari 2026, menggantikan Muhyiddin Yassin yang sebelum ini menerajui gabungan tersebut.

    Perbincangan juga menyentuh Kongres Khas DAP pada 12 Julai yang bakal menentukan sama ada pemimpin DAP dalam kerajaan perlu kekal atau meletakkan jawatan daripada semua jawatan eksekutif.

    Selain itu, episod ini mengupas Rang Undang-Undang (RUU) pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang sedang dibentangkan di Parlimen.

    Turut dibincangkan ialah keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat bahawa Akta International Emergency Economic Powers Act (IEEPA) tidak memberikan kuasa kepada Presiden untuk mengenakan tarif pada 20 Februari 2026, serta implikasinya terhadap ART yang ditandatangani Malaysia.
  • Keluar Sekejap

    EP189 | Kontroversi Azam Baki, Anwar vs Rafizi, BERSATU pecat Hamzah, Petronas Rujuk Mahkamah

    19/02/2026 | 1h 27 mins.
    Episod 189 Keluar Sekejap membincangkan kontroversi terbaharu melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, susulan dakwaan pegangan saham bernilai besar dalam beberapa syarikat tersenarai serta tuduhan kewujudan ‘Corporate Mafia’ dalam landskap korporat negara.Episod ini turut menyentuh ketegangan yang semakin terbuka dan memucak antara Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli.Dalam masa yang sama, keputusan Bersatu memecat Timbalan Presidennya merangkap Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, dianalisis dari sudut perebutan kuasa dan kesannya terhadap landskap politik menjelang PRU16.Keluar Sekejap juga membahaskan tindakan PETRONAS memfailkan rujukan ke Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kepastian perundangan berhubung pertindihan bidang kuasa.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]
  • Keluar Sekejap

    EP188 | Akmal Racist & Anti DAP?, Garis Merah UMNO, PAS atau PH?, Penyatuan Melayu, Rumah Bangsa

    11/02/2026 | 1h 53 mins.
    Audio Siar Keluar Sekejap Episod 188 menampilkan tetamu pertama bagi tahun 2026, iaitu YB Datuk Dr Akmal Saleh, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Beliau berkongsi perjalanan dalam dunia politik, cabaran sebagai pemimpin muda, serta imej lantangnya yang sering mencetuskan perdebatan.Akmal turut menjawab persoalan mengenai kelantangannya terhadap DAP, termasuk dakwaan sama ada pendiriannya bersifat perkauman atau berlandaskan prinsip perjuangan.Perbincangan ini juga merangkumi fokus beliau terhadap isu-isu Melayu, pandangannya terhadap dasar-dasar Kerajaan Madani, serta perbezaan antara sentimen dan fakta dalam landskap politik semasa.Selain itu, beliau berkongsi pandangan mengenai masa depan UMNO sebagai “rumah bangsa” bagi penyatuan Melayu, cadangan kerjasama dengan PAS, penolakan terhadap kerjasama dengan PH, serta strategi menjelang PRN Melaka.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]
  • Keluar Sekejap

    KenaSoal EP09 | Pilihan Raya DBKL, Mansuh AUKU?, Ringgit Naik, Fail Epstein

    09/02/2026 | 1h 46 mins.
    Episod 9 Kena Soal menampilkan gandingan host Zaidel, Luqman Hariz, dan Ibrahim Sani yang membincangkan pelbagai isu semasa, termasuk pilihan raya DBKL, isu pemansuhan AUKU, prestasi ringgit yang semakin mengukuh, serta pendedahan berkaitan fail Epstein.PILIHAN RAYA DBKL•syahazzly — Kenapa Datuk Bandar KL tidak dipilih secara undi seperti New York, London dan lain-lain? •qiuril — Mengapa Dr Akmal menolak cadangan pilihan raya Datuk Bandar KL?AUKU•sylthegreat._ — Bahas isu AUKU. •arif_radzwan — Pandangan KS mengenai AUKU: mansuh atau hanya perlu dipinda? •scopethelegend — AUKU: mansuh sepenuhnya atau reform sahaja?RINGGIT NAIK •jx_kek — Kesan ringgit semakin kuat. Bagaimana rakyat biasa boleh dapat manfaat? •docaptr — Nilai MYR vs USD makin baik — boleh jadi petunjuk kejayaan PMX? •backpacker_travelog — Adakah ringgit kuat mengurangkan eksport negara? •rjnobody — Patutkah kita bimbang data center investment melihat kadar USD yang makin buruk? •nazhan87 — Keluaran RM naik cepat terutama dengan USD — baik atau buruk untuk negara?FAIL EPSTEIN •rahmanjunaidi — Epstein file, please ulas. •aiymi.njzm — Kes fail Epstein yang didedahkan kepada umum — pandangan KS? •maarufi23 — Epstein file: beberapa nama PMX disebut — apa pandangan KS? •redzuanm — Epstein Files: impak pada US, DOJ & kredibiliti. Patutkah ada pendakwaan? •hafizhuffaz_ — Epstein filesssss. •mhhbht — Cuba bincangkan tentang Epstein Files.

More Government podcasts

About Keluar Sekejap

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact [email protected]
Podcast website

Listen to Keluar Sekejap, The DSR Network and many other podcasts from around the world with the radio.net app

Get the free radio.net app

  • Stations and podcasts to bookmark
  • Stream via Wi-Fi or Bluetooth
  • Supports Carplay & Android Auto
  • Many other app features
Social
v8.7.2 | © 2007-2026 radio.de GmbH
Generated: 3/9/2026 - 9:01:58 AM